Penganggur Arab Saudi mahu tunjuk perasaan

0
56



Riyadh: Desakan semakin meningkat di media sosial di Arab Saudi yang menggesa penganggur melancarkan tunjuk perasaan Ahad ini, selepas satu gesaan serupa sebelum kerajaan mengembalikan semula elaun kepada penjawat awam minggu lalu.

Tunjuk perasaan diharamkan di Arab Saudi dan gesaan terbaru perhimpunan menyaksikan ratusan polis ditempatkan di Riyadh pada 21 April lalu.

Dengan hastag ‘Perhimpunan penganggur 30 April’ beberapa pengguna Twitter di Saudi menggesa satu tunjuk perasaan diadakan di luar pejabat buruh Ahad ini.

“Kerana pergerakan 21 April, elaun dikembalikan. Saudaraku semua jangan putus asa dan keluar pada 30 April ini, semoga tuhan membantu kamu mengatasi semua masalah,” kata pengguna Twitter, @Hussain_Khalid.

Seorang lagi yang menggunakan hashtag itu berkata, “Kami hanya mahukan pekerjaan,” manakala seorang lagi menulis, “Kami bukan Daish, kami tidak bersama Iran dan apa yang kami mahu adalah pekerjaan, tiada yang lain.”

Seorang lagi pengguna Twitter menuduh kerajaan membelanjakan wang untuk projek di luar negara tetapi pada masa yang sama meminggirkan rakyat sendiri. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here