Penganggur kantoi naik motosikal curi

0
35



Kuala Lumpur: Seorang penganggur yang mahu menjual jam tangan di Pasar Karat, Jalan Petaling di sini, dengan menaiki motosikal dicuri empat hari lalu akhirnya ditahan polis.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi, lelaki berusia 40-an itu dicekup anggota polis Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur diketuai Sarjan Mejar Ruhaizad Abd Latip.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, anggotanya yang menjalankan tugas Op Halangan terserempak suspek menunggang motosikal Yamaha LC 135 dalam keadaan mencurigakan

Menurutnya, motosikal ditunggang lelaki itu hanya mempunyai nombor plat di bahagian belakang manakala di hadapannya pula ditanggalkan.

“Sebaik ditahan, lelaki itu cuba melarikan diri namun ditahan kurang 50 meter dari lokasi kejadian.

“Seterusnya, pemeriksaan melalui sistem polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di NU Sentral empat hari lalu,” katanya kepada Harian Metro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here