Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita

0
24
Advertisement

OPRAH Winfrey menyifatkan penganugerahan di Anugerah Gloden Globe ke-75 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu bukan sahaja buat diri beliau malah untuk kaum wanita di seluruh dunia.

Ikon televisyen berusia 63 tahun itu merupakan wanita kulit hitam pertama yang menerima pengiktirafan untuk merangkul anugerah Cecil B. De Mille Award pada majlis penuh berprestij itu yang berlangsung awal pagi tadi. 

Lebih membanggakan, pengacara, penerbit dan hos terkenal ini turut menggunakan platform tersebut bagi meluahkan sokongannya terhadap mangsa-mangsa pencabulan seksual di Hollywood dan seluruh dunia.

Pengiktirafan yang diterima Oprah ini hadir selepas pelbagai skandal seks dilaporkan melibatkan nama-nama besar di Hollywood didedahkan oleh mangsa-mangsa yang selama ini bertindak mengunci mulut selama bertahun-tahun.

“Saya menghargai semua wanita yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan seksual kerana anda semua seperti ibu saya, mempunyai anak-anak untuk disara dan bil untuk dibayar serta impian untuk direalisasikan,” kata Oprah dalam ucapannya.

Oprah juga meluahkan rasa bangganya kepada semua wanita yang pernah menjadi mangsa pencabulan seksual yang berani tampil ke hadapan dan menceritakan kisah serta pengalaman hitam mereka.

Selain itu Oprah turut menyifatkan anugerah yang diberikan kepadanya ini merupakan satu impian buatnya yang selama ini sentiasa menjadikan Sidney Poitier yang merupakan aktor lelaki kulit hitam pertama yang merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Award pada 1964 sebagai idolanya.

Antara selebriti yang pernah dianugerahkan Cecil B. De Mille Award termasuk aktres Meryl Streep dan Sophia Loren, pengarah filem Steven Spielberg dan penyanyi Barbra Streisand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here