Pengarah Komunikasi Rumah Putih letak jawatan

0
46


PENGARAH Komunikasi Rumah Putih, Michael Dubke, dilaporkan meletakkan jawatan.

WASHINGTON: Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Michael Dubke, dilaporkan meletakkan jawatan.

Kaunselor Rumah Putih, Kellyanne Conway berkata kepada The Associated Press, Dubke menyerahkan surat peletakan jawatannya, sebelum Presiden Donald Trump mengadakan lawatan rasmi ke luar negara pada awal bulan ini.

Dalam temubual dengan Fox News hari ini, Conway berkata, Dubke ‘menyatakan dengan jelas bahawa beliau akan memantau lawatan antarabangsa pertama presiden itu’.

Dubke juga dilaporkan berkata, beliau akan ke pejabat setiap hari dan bekerja keras sepanjang lawatan itu kerana banyak yang perlu dilakukan di Rumah Putih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here