Pengasas FB buat kejutan makan malam

0
53


Zuckerberg. – Foto AFP

NEWTON FALLS, Ohio: Sebuah keluarga di Ohio hanya mengetahui tetamu misteri yang dirancang untuk mereka 20 minit sebelum makan malam adalah pengasas dan jutawan Facebook, Mark Zuckerberg,

The Vindicator of Yongstown melaporkan, Zuckerberg makan malam bersama keluarga Daniel Moore di Newton Falls, kira-kira 89 kilometer di selatan Cleveland.

Akhbar itu juga melaporkan, Zuckerberg mengarahkan pekerjanya untuk mencari penyokong Demokrat yang mengundi untuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam pada itu, menurut keluarga itu, bukan semua perbincangan yang berlangsung sepanjang makan malam berkisar mengenai politik.

Moore berkata, beliau dan isterinya, Lisa lebih banyak bercakap mengenai kerja amal mereka untuk anak yatim di Uganda.

Susulan itu, Zuckerberg berkata, beliau kini sedang merancang mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim terbabit.

Sementara itu, Projek Zuckerberg, iaitu hasil usaha syarikat Chan Zuckerberg Initiative dalam satu kenyataan berkata, beliau melawat Youngstown Eastern Gateway Community College semalam.

Dalam kunjungan itu, beliau dijadualkan bertemu dengan mangsa yang sudah sembuh daripada ketagihan opioid (ubat tahan sakit) di Dayton, hari ini.

Sebelum ini, Zuckerberg dilaporkan mencabar dirinya untuk membuat lawatan ke 50 buah negeri di seluruh Amerika Syarikat. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here