Pengasas televisyen satelit Iran ditembak mati

0
72


Lokasi kejadian Pengasas GEM TV, Saeed Karimian ditembak. – Foto REUTERS

ISTANBUL: Ketua syarikat rangkaian televisyen satelit Iran yang dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah di Tehran, tahun lalu ditembak mati di Istanbul ketika bersama seorang rakan niaga, lapor agensi berita Turki Dogan, hari ini.

Pengasas GEM TV, Saeed Karimian dan seorang rakan niaga sedang memandu di kejiranan Maslak, Istanbul selepas jam 8 malam waktu tempatan, kelmarin apabila kereta mereka dihalang sebuah jip sebelum ditembak.

Karimian ditemui mati oleh perkhidmatan kecemasan yang tiba di lokasi manakala rakan beliau itu dibawa ke hospital tetapi gagal diselamatkan.

Dogan menyifatkan kedua-dua mangsa berasal dari Iran. Agensi media Hurriyet Daily News mengenal pasti Karimian sebagai seorang warga British dan rakan niaga sebagai warga Kuwait.

Hurriyet berkata, dua penembak bertopeng keluar daripada jip sebelum melepaskan tembakan. Kenderaan itu kemudian ditemui ditinggalkan dan sudah terbakar.

Polis Istanbul enggan mengulas mengenai insiden itu.

Dogan memetik Datuk Bandar daerah Sariyer sebagai berkata, siasatan awal polis mendapati insiden tembakan itu mungkin disebabkan pertikaian kewangan membabitkan Karimian. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here