Pengawal Jong-un jadi perhatian

0
279
Advertisement



Singapura: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura dengan diiringi konvoi 20 kenderaan termasuk ambulans serta pengawal peribadinya yang berlari di sisi keretanya.

Jong-un tiba di Singapura untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini dalam sidang kemuncak yang julung kalinya antara kedua-dua negara berkenaan.

Pengawal peribadi Jong-un yang memakai sut hitam dilihat berlari bersebelahan kereta limosin hitam tidak lama selepas pesawat yang membawa pemimpin itu mendarat di Lapangan Terbang Changi, kelmarin.

Imej televisyen menunjukkan pengawal peribadi itu berlari di sebelah kereta yang bercermin hitam dan mempunyai bendera Korea Utara ketika kenderaan itu menghampiri Hotel St. Regis di mana Jong-un menginap.

Sebanyak 20 kenderaan menyertai konvoi pemimpin itu termasuk sebuah ambulans.

Aksi pengawal peribadi itu menjadi perhatian pada April lalu apabila mereka dilihat berlari di sisi kereta yang membawa Jong-un ketika pertemuan bersejarah dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Jong-un mengarahkan pengawal peribadinya sentiasa ada di sisinya kerana bimbang ada pihak yang mahu membunuhnya.

Singapura adalah negara paling jauh yang pernah dilawati Jong-un dan penerbangan Air China yang dinaikinya menukar nombor penerbangan ketika di udara untuk mengelirukan musuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here