Pengawal pantai Libya selamatkan lebih 100 pendatang di luar pantai Tripoli

0
24
Advertisement

TRIPOLI: Pengawal pantai Libya sekali lagi menyelamatkan lebih daripada 100 pendatang, termasuk wanita dan kanak-kanak, di luar pantai Tripoli pada Isnin.

Kesemua pendatang ini ditemui terkandas dalam bot getah beberapa kilometer di utara Gasr Garabulli, di timur ibu kota Tripoli.

Mereka dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke Eropah.

Kapten Tentera Laut Libya El-Hadi Abdalmagid berkata kesemua pendatang ini telah dipindahkan dengan selamat ke pangkalan tentera laut di Tripoli.

Di sana, mereka turut diberikan perkhidmatan kemanusiaan dan rawatan perubatan.

Menurut Abdalmagid, selepas ini mereka akan dipindahkan ke pusat tahanan utama Tripoli.

Libya kekal sebagai pusat utama bagi operasi penyeludupan manusia di Mediterranean, walaupun ketika musim sejuk, mahupun apa jua keadaan cuaca yang teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here