Pengebom nekad letupkan diri di kem pelarian Syria

0
152
Advertisement


KEM pelarian Syria di kawasan Arsal. – Foto AFP

BEIRUT: Lima pengebom nekad menyerang tentera Lubnan ketika menyerbu dua kem pelarian Syria di kawasan Arsal bersempadan dengan Syria, hari ini.

Tentera berkata, enam militan melemparkan sebutir bom tangan ke arah kumpulan rondaan itu.

Enam tentera cedera dan seorang budak perempuan terbunuh selepas seorang pengebom nekad meletupkan diri di kem pelarian itu.

Sumber keselamatan berkata, tentera menyerbu kawasan yang kerap berlaku keganasan akibat krisis di Syria dan beberapa anggota Daesh adalah antara 350 suspek yang ditahan.

Dalam pada itu, menteri pertahanan yang dipetik sebagai berkata insiden itu menunjukkan pentingnya menangani krisis pelarian dan Lubnan ketika ini menempatkan sejuta pelarian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here