Penghulu Daerah Kuala Muda juarai Piala KPPSMCK

0
19



Langkawi: Pasukan bowling Penghulu Daerah Kuala Muda berjaya mengenepikan 10 pasukan lain dan muncul juara keseluruhan Kejohanan Bowling Piala Presiden Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah (KPPSMCK) 2017 yang berlangsung di Ampang Superbowl, baru-baru ini.

Pasukan Kuala Muda mencatatkan 1,699 jatuhan pin manakala Pokok Sena/Langkawi kedua (1,577) diikuti Kulim (1,502.

Penyelaras pertandingan, Roshamidi Othman berkata, pertandingan itu diadakan sempena Mesyuarat Agung KPPSMCK ke-42.

“Selain mengeratkan silaturahim di kalangan penghulu mukim seluruh Kedah, pertandingan ini juga sebagai platform memilih pemain bagi mewakili negeri.

“Tahun depan, Kedah bakal menjadi tuan rumah pemukiman penghulu seluruh Malaysia dan bowling adalah antara acara yang akan dipertandingkan,” katanya.

Sementara itu, dua wakil Kuala Muda, Mahadzir Mahmud muncul juara kategori individu diikuti Mohd Fazaidi Saidin dan Mohd Zamri Saad dari Pokok Sena.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Ahmad Fuad Z Abidin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here