Pengikut twitter cecah 33.3 juta, Shah Rukh Khan rakam video khas dalam air

0
132
Advertisement

DATUK SHAH RUKH KHAN ada cara tersendiri untuk meraikan jumlah pengikut laman twitternya yang mencecah 33.3 juta.

Raja Bollywood itu memilih untuk merakam video penghargaan khas buat peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.

Video ini dirakam dan dimuat naik ke dalam laman twitter pelakon berusia 52 tahun ini pada Ahad.

Dengan berpakaian tuksedo, berkaca mata hitam dan rambut bersikap rapi, Shah Rukh mengucapkan kata –kata khas buat peminatnya sebelum menyelam di dalam kolam renang.

Shah Rukh yang berkecimpung dalam dunia seni sejak 25 tahun lalu itu tidak hanya berjaya mencetus fenomena di rantau Asia malah namanya turut jadi sebutan di benua Amerika dan Eropah.

Bapa tiga anak itu kini dalam proses menyiapkan filem Zero arahan Aanand L Rai yang menyaksikan beliau membawa watak sebagai orang kerdil.

Filem itu sekali lagi akan menggandingkan Shah Rukh bersama Katrina Kaif dan Anushka Sharma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here