Pengkritik dialu-alukan tinggalkan BERSATU, kata Dr Mahathir

0
102



Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk berbuat demikian.

“Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai BERSATU) kerana mempunyai dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian BERSATU tidak secara automatik melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita ingatkan semua sekali lagi – menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.

“Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini mungkin daripada parti-parti gabungan atau BERSATU,” kata Mahathir.

Kenyataannya itu dibuat selepas salah seorang pengasas BERSATU, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti minggu lalu.

Kamarul Azman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta mendakwa BERSATU kini mengamalkan kronisme dan ‘kasta’. Bagaimanapun ini dinafikan oleh stiausaha agung parti itu, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Mahathir, sebelum ini, mengakui bahawa terdapat beberapa masalah berhubung dengan peraturan parti itu tetapi berkata, masalah berkenaan sedang diselesaikan.

“Sudah tentu ada orang yang tidak akan berpuas hati. Tetapi jika kita terima penyelesaian mereka, akan ada orang (lain) yang tidak berpuas hati.

“Jadi kita akan kekal dengan keputusan kita,” katanya.

Mahathir berkata parti itu sedang menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pelantikan pemimpin parti.

“Didapati bahawa sementara ada sikit masalah dengan BERSATU dewasa ini di negeri tertentu tetapi Armada (Pemuda) dah selesaikan semua pelantikan, Srikandi (Wanita) ada sikit sahaj masalah

“Dari segi organisasi, BERSATU adalah teratur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahathir menafikan bahawa jawatan kepimpinan bahagian parti itu boleh dijual-beli.

“Tidak timbul sama sekali. Ada orang nak bagi duit tak tahu la.

“Kalau dia nak jadi ketua bahagian, kita terima la duit(nya),” kata Mahathir secara sinis.

Malah, bekas perdana menteri itu sempat berseloroh dan berkata untuk menyertai BERSATU, ahlinya terpkasa membayar yuran keahlian sebanyak RM4.

“Bukan sahaja nak dapat jawatan, nak masuk parti pun kena bagi duit, RM4. Semua kena bayar duit, dia masuk lepas itu nak jawatan dia punya hal la. Kita mengaku parti kami miskin,” katanya.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here