Pengorbanan Harris

0
52



Penyanyi Harris Baba kini diulit bahagia apabila dikurniakan anugerah terindah iaitu cahaya mata sulung, Aleena Ziya yang kini berusia tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan Nik Naziha Nawawi.

Menurut Harris, sejak kehadiran puteri tercinta, dia kini lebih banyak meluangkan masa berkualiti bersama anak dan isterinya.

Justeru, dia terpaksa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Keningau, Sabah setiap minggu memandangkan isteri dan anaknya menetap di rumah keluarga mentua.

“Tanggungjawab selepas bergelar bapa semakin besar. Habis kerja, saya akan balik ke Sabah. Buat masa ini, paling lama saya berjauhan dengan anak dan isteri adalah dalam tempoh seminggu. Saya pernah balik ke kampung isteri untuk satu hari saja,” katanya.

Biarpun hakikatnya situasi itu meletihkan bagi kebanyakan orang, kata Harris, dia sedikit pun tidak pernah mengeluh.

Bagi Harris, itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri tercinta demi mencari rezeki.

“Kalau ikutkan memang penat, tetapi bukanlah maksudnya saya merungut dengan rutin terbabit. Apabila pulang ke Sabah dapat tengok muka anak dan isteri, hilang semua rasa penat. Bahkan rutin ini membuatkan saya belajar erti tanggungjawab,” katanya.

Menurut Harris, sebolehnya dia mahu sentiasa berada dekat dengan ahli keluarga. Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, isterinya lebih selesa menetap di Sabah bersama keluarganya di sana.

“Dia lebih suka tinggal di sana. Kalau ke Semenanjung pun dia datang hanya untuk berjalan-jalan dan membeli-belah saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Harris, dia kini tampil dengan single kedua berjudul Parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here