"Peniaga patuh kalau SST rendah" – Ameer Ali Mydin

0
318
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih rendah kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), lebih ramai peniaga akan patuh kepada pelaksanaan, kata Datuk Ameer Ali Mydin.

“Ahli perniagaan dengan sikap sebagai ahli perniagaan. Mereka cenderung untuk tidak mahu kadar SST tinggi.

“Jika kita ada kadar SST yang rendah seperti tiga peratus, maka pematuhan juga jauh lebih baik,” kata Naib Presiden Organisasi Peruncit Bumiputera itu selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Namun beliau bersetuju kerajaan perlu mencari jalan terbaik untuk turut imbangi sumber pendapatan negara melalui SST jika ia ditetapkan pada kadar rendah.

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan SST pada kadar 10 peratus sebelum ditukar kepada Cukai Barang dan Perkhidmata (GST) enam peratus.

BACA: “Boleh naikan gaji, tapi berperingkat” – Ameer Ali Mydin

BACA: GST 0%: FOMCA gesa dakwa peniaga degil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here