Peningkatan sektor pembinaan akan berterusan tahun ini – HLIB

0
126
Advertisement

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan peningkatan dalam sektor pembinaan akan berterusan pada 2018, dengan pertumbuhan sebenar pada sembilan peratus, disokong oleh pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia sebanyak 5.3 peratus.

Firma penyelidikan itu juga berpendapat aliran kontrak akan bertahan, dengan momentum kukuh tahun ke tahun pada 2018, dengan sasaran antara RM25 bilion dan RM30 bilion.

“Kami mengenal pasti RM168 bilion nilai projek mega akan dilaksanakan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

“Beberapa projek akan diketuai syarikat asing dan dianggarkan kandungan tempatan secara menyeluruh bernilai RM85 bilion (51 peratus daripada nilai projek),” kata HLIB.

Namun dari segi perbelanjaan, trend tahun ini dijangkakan tidak banyak berubah, namun perbelanjaan pembangunan sebanyak RM46 bilion.

Oleh itu, HLIB mengekalkan penarafan ‘berprestasi tinggi’ ke atas sektor pembinaan, berdasarkan aliran projek yang berterusan.

“Selain itu, kebanyakan kontraktor sudah pun memperoleh projek yang besar daripada kemenangan tender sejak dua tahun lepas,” katanya dan menambah pilihan utama bertumpukan kepada tema rel iaitu Gamuda, GKent dan WCT.

Pada 11 pagi, GKent meningkat tiga sen kepada RM3.71 sesaham dengan 28,000 saham diniagakan. WCT susut lima sen kepada RM1.65 dengan 47,200 saham bertukar tangan manakala Gamuda turun empat sen kepada RM5.02 dengan 50,800 saham diurusniagakan. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here