Penjenayah kena mandi

0
39



Sandakan: Penduduk Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, dekat sini, sempat memandikan seorang daripada dua penjenayah yang diberkas kerana terbabit kes pecah rumah di kampung itu, sebelum menyerahkan suspek kepada polis, Isnin lalu.

Difahamkan, mereka berbuat demikian selepas suspek terjatuh ke dalam lumpur ketika melarikan diri apabila dikejar penduduk.

Sebelum itu, dalam kejadian jam 4.30 pagi, suspek, warga Filipina masing-masing berusia 30 dan 36 tahun cuba memecah masuk sebuah rumah di kampung itu.

Bagaimanapun, kejadian disedari penduduk, sebelum mereka mengejar suspek sehingga seorang daripada mereka terjatuh ke dalam lumpur.

Sebaik terjatuh, suspek ditahan dan sempat dimandikan oleh penduduk, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi berkata, selepas menerima maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bereggas ke kampung itu dan memberkas suspek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here