Penolong pengurus syarikat media direman enam hari

0
50



Seorang penolong pengurus sebuah syarikat media direman selama enam hari di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM70,000 kononnya untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab.Rahman mengeluarkan perintah tahanan reman berkenaan selepas SPRM membuat permohonan untuk menahan suspek mulai hari ini sehingga 5 Jun.

Perintah tahanan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Laporan media menyebut lelaki beurmur 54 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai RM20,000 pada kira-kira 9.30 malam Selasa.

Dia dipercayai meminta suapan RM70,000 daripada orang kenamaan itu sebagai bayaran untuk menutup satu kes rasuah yang sedang disiasat.

Suspek dikatakan memberitahu pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM dan mendakwa mampu menyelesaikan kes melibatkan pengadu yang sedang disiasat.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here