Penonton 'gugur jantung', puas hati 'dirasuk' fenomena Annabelle

0
12

KUALA LUMPUR: Ramai penonton ratanya berpuas hati dengan prequel filem seram arahan David F. Sandberg yang berjudul Annabelle :Creation yang memulakan tayangan premiernya pada hari ini.

Penggemar filem Annabelle: Creation  ini bakal dirasuk dengan adegan-adegan seram yang dikatakan lebih menyengat daripada filem Annabelle siri yang pertama.

Jika dilihat dari ruang  komen yang dikeluarkan oleh netizen di laman sosial Twitter, mereka menunjukkan satu reaksi yang positif di mana Valerie, salah seorang daripadanya berkata, filem ini membuatkan beliau menjerit setiap masa sepanjang menonton filem seram tersebut.

Is frightening, I screamed the whole time”, katanya di media sosial Twitter.

Manakala seorang lagi netizen yang menggelarkan dirinya Softie berkata, beliau sangat gembira menonton filem ini di pawagam pada hari ini.

I had so much fun watching it in the cinema today,” katanya yang juga memberikan respons yang positif terhadap filem tersebut.

Filem Annabelle: Creation ini akan berbalik kembali kisah dari bahagian pertama yang juga merupakan prequel dari filem The Conjuring dan memfokuskan tentang seorang individu pembuat anak patung.

Ia bakal menemui penonton pada petang ini dengan satu pengalaman seram yang tidak dapat dilupakan oleh penggemar filem seram di serata dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here