Pentadbiran Trump gagal mansuh Obamacare

0
27

WASHINGTON: Parti Republikan di bawah pimpinan Donald Trump menerima tamparan hebat apabila cadangan untuk memansuhkan Obamacare ditolak oleh Dewan Senat, lapor Reuters.

Tiga senator parti Republikan John McCain, Susan Collins dan Lisa Murkowski, menyertai anggota parti Demokrat untuk membawa keputusan undian kepada 49 -51, yang berpihak kepada penolakan cadangan memansuhkan beberapa bahagian penting dalam Obamacare.

“Hal ini sangat mengecewakan,” kata Ketua Senat Republikan, Mitch McConnell selepas keputusan undian diumumkan.

Situasi ini memberikan satu lagi kegagalan buat Trump, yang sehingga kini masih belum memiliki kejayaan legislatif selepas enam bulan berkuasa.

Trump sebelum ini dijangka membuat perubahan drastik ke atas sistem kesihatan, cukai dan pembiayaan infrastruktur.

Trump telah berulangkali menegur ahli kongres Republikan kerana gagal mengatasi pembahagian dalaman yang berlaku dalam parti itu, dalam usaha untuk memansuhkan Obamacare, tetapi dalam masa yang sama tidak membuat sebarang penggubalan perundangan yang sesuai, atau mengeluarkan panduan jelas tentang apa dimahukan untuk menggantikannya.

Affordable Care Act, atau Obamacare, diluluskan oleh ahli Demokrat pada 2010, disifatkan ramai sebagai salah satu pencapaian istimewa Barack Obama, bekas Presiden Amerika Syarikat. Ia menyediakan insurans kesihatan kepada berjuta-juta rakyat Amerika yang dahulunya tidak mempunyai insurans.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here