Pentagon tunda pengambilan rekrut transgender

0
40


WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis semalam, meluluskan penangguhan selama enam bulan kebenaran untuk transgender menyertai pasukan bersenjata negara itu.

SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Matti. – Foto EPA

Jurucakap Pentagon, Dana White, berkata dalam satu kenyataan, Mattis bersetuju dengan cadangan untuk menangguhkan pemohon transgender itu hingga 1 Januari depan.

Pentagon menamatkan larangan ke atas transgender yang berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat pada 2016 ketika di bawah pentadbiran Barack Obama.

Berikutan itu, pasukan tentera negara itu dijangka mula membuat pengambilan anggota transgender tahun ini, dengan syarat mereka ‘stabil’ dengan jantina pilihan mereka selama 18 bulan.

Bagaimanapun, penundaan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump itu ternyata mengejutkan pejuang hak transgender.

“Terdapat beribu-ribu anggota transgender secara terbuka dan dengan bangganya berkhidmat kepada negara kita hari ini, apa yang penting ialah keupayaan untuk melaksanakan tugas itu, bukan identiti jantina mereka,” kata wakil Kempen Hak Asasi Manusia, Stephen Peters.

Tahun lalu, Setiausaha Pertahanan Ash Carter memetik kajian oleh RAND Corporation yang mengatakan terdapat kira-kira 2,500 anggota perkhidmatan transgender aktif dan 1,500 anggota perkhidmatan transgender dalam pasukan simpanan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here