Penunggang motosikal warga Malaysia maut kemalangan di Phattalung

0
148
Advertisement

PHATTALUNG (Thailand): Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Petchakasem antara Hatyai dan wilayah Phattalung di selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan tadi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal itu cedera parah.

“Mangsa dan isterinya bersama empat rakan yang lain sedang dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani apabila motosikal mereka merempuh sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya oleh polis di daerah Paborn,” kata sumber di Balai Polis Daerah Paborn di sini.

Isteri mangsa telah dihantar ke Hospital Phattalung untuk mendapatkan rawatan.

Wakil pihak Konsulat Malaysia di Songkhla turut berada di Hospital Phattalung untuk memudahkan urusan anggota keluarga mangsa termasuk untuk membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here