Penunjuk perasaan berarak bantah kehadiran Trump di mesyuarat WEF

0
58
Advertisement

ZURICH: Ribuan penunjuk perasaan anti-kapitalis berarak di Zurich pada Selasa bagi menyuarakan bantahan terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) minggu ini.

Antara lain, penganjur protes menggunakan slogan yang berbunyi “Trump Not Welcome” dan “Smash WEF!”

Trump dijadualkan berucap pada Jumaat di mesyuarat WEF itu, yang merupakan satu perjumpaan tahunan bagi pemimpin korporat dan politik global.

Ia akan diadakan di Davos, di mana sebarang aktiviti protes telah diharamkan. 

Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera, dianggarkan kira-kira 2,000 orang, bergerak ke arah pusat kewangan Zurich, di mana para pekerja bank telah diperingatkan supaya tidak terlibat dengan demonstrasi.

Satu kontinjen Pro-Kurdish turut mengambil bahagian dalam protes di Zurich itu, mempamerkan sokongan terhadap wilayah Afrin yang dikuasai kumpulan Kurdish Syria dan melaungkan slogan menentang Presiden Turki Tayyip Erdogan.

Sabtu lalu, Turki dan sekutu pemberontak Syria melancarkan operasi udara dan darat dikenali sebagai ‘Olive Branch’ bertujuan menyingkirkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dari kawasan diduduki majoriti penduduk Kurdish.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here