Penyamaan PSC akan beri peluang adil kepada semua syarikat penerbangan – AAPA

0
16

KUALA LUMPUR: Penyamaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang lain di negara ini akan memberikan peluang yang adil dan saksama kepada semua syarikat penerbangan, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah AAPA, Andrew Herdman berkata, langkah itu akan memberi peluang kepada semua syarikat penerbangan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kompetitif kepada orang ramai.

“Pelaksanaan tahap berbeza caj KLIA dan KLIA2 sentiasa dilihat sebagai tidak adil kepada syarikat penerbangan yang bersaing untuk perniagaan di lapangan terbang yang sama,” katanya.

Herdman berkata, AAPA menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada Khamis  yang PSC akan dilaksana secara sama rata di semua lapangan terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2018.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here