Penyanyi rap Nelly nafi rogol peminat dalam bas sewaktu konsert jelajah

0
103
Advertisement

PENYANYI rap terkenal Nelly menafikan tuduhan merogol seorang peminatnya dalam bas yang diguna untuk konsert jelajahnya tahun lalu di Seattle, Amerika Syarikat.

Selain itu, Nelly turut menafikan dua lagi pertuduhan melakukan salah laku seksual terhadap dua peminatnya di England.

Nelly menafikan tuduhan itu di mahkamah pada 26 Januari lepas dan sebelum itu dia turut mendesak agar pertuduhan itu digugurkan.

Nelly didakwa merogol peminatnya di dalam bas pada Oktober lalu manakala dua lagi pertuduhan didakwa dilakukan pada Jun 2016 dan Disember 2017.

Menerusi kertas pertuduhan di mahkamah yang diperoleh Associated Press, Nelly mengakui kejadian yang berlaku di Seattle adalah atas dasar persetujuan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here