'Penyembelih Balkan' Ratko Mladic dipenjara seumur hidup

0
15

THE HAGUE : Bekas Komander Bosnia, Ratko Mladic dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melakukan jenayah perang sekitar tahun 1990-an.

Keputusan itu dibacakan hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bersidang di The Hague hari ini.

Mladic turut dihalau keluar dari mahkamah selepas dia menjerit kepada hakim ketika membaca keputusan berkenaan.

Pengusirannya berlaku selepas hakim menolak permintaan peguamnya untuk menangguhkan sesi atas alasan kesihatan.

Dikenali sebagaiĀ  “Penyembelih Balkan” Mladic berdepan 11 pertuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan ketika Perang Bosnia 1992-1995.

Mladic, 74, bagaimanapun menafikan semua pertuduhan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here