Penyokong banjiri Stadium Luzhniki

0
33
Advertisement



CUKUP meriah! Itu saja perkataan yang boleh diungkapkan pada hari pembukaan Piala Dunia 2018 di sini, sebentar tadi.

Perkarangan Stadium Luzhniki mula dibanjiri penyokong sejak pintu dibuka pda jam 2 petang waktu tempatan.

Lebih menarik, bukan saja penyokong Russia dan Arab Saudi, malah penyokong beberapa negara lain juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan acara pembukaan sebelum aksi pertama kedua-dua pasukan.

Bermula dengan upacara pembukaan yang cukup menarik dengan disaksikan lebih 80,000 penonton di Stadium Luzhniki, kemeriahan diteruskan dengan kejayaan tuan rumah, Russia meraih kemenangan bergaya 5-0 ke atas Arab Saudi. 

Bukan sahaja ketika perlawanan, pesta kejayaan Russia membuka kejohanan dengan langkah kanan diteruskan di luar stadium selepas tamat permainan.

Mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang 90 minit permainan membuktikan Russia bakal menjadi antara pasukan pilihan untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Russia perlu melepasi dua lagi pasukan yang turut diundi dalam Kumpulan A iaitu Uruguay dan Mesir dalam dua baki perlawanan sebelum mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here