Penyokong 'bising' England serbu IKEA [VIDEO]

0
358
Advertisement



KEJAYAAN menyingkirkan Sweden di suku akhir Piala Dunia benar-benar menggembirakan penyokong England hinggakan mereka bertindak menyerbu cawangan pusat perabot rumah IKEA sambil menyanyi lagu ‘It’s Coming Home’.

Sekumpulan penyokong terbabit masuk ke dalam bangunan IKEA Stratford, London, kelmarin untuk meraikan kejayaan skuad Three Lions di Russia.

Rakaman video menunjukkan ada yang bergolek-golek serta melompat-lompat di atas katil IKEA kerana terlalu gembira England ke separuh akhir menewaskan Sweden 2-0.

Jurucakap IKEA berkata: “Kami menyedari sekumpulan kecil penyokong meraikan kejayaan skuad mereka di salah satu pusat IKEA kami.

“Menjadi British dan Sweden, kami berdebar-debar sepanjang perlawanan. Apapun, kami ucap ‘Grattis!’ (tahniah dalam bahasa Sweden) kepada penyokong England kerana mara ke peringkat empat terakhir.

“Bagi meraikannya, kami menawarkan harga istimewa pada £1 (RM5.30) buat salah satu makanan kegemaran England, ‘fish and chips’.

Skuad kendalian Gareth Southgate menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia Russia 2018 yang sebelum ini turut menewaskan Colombia pada peringkat kalah mati.

Malah sebelum perlawanan lagipun, penyokong England tidak mensia-siakan peluang untuk mencari pasal dengan skuad Scandinavia itu.

Ada dalam kalangan mereka dari bandar timur laut (Newcastle) yang berada dalam IKEA Gateshead menukar nama produk kepada “Footnall EtsKommanhjom” dan mengubah harga kepada £19.66 (RM106).

Sebelum ini, Southgate dilihat kononnya membawa kotak mengandungi trofi kabinet keluar dari IKEA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here