Penyokong bola sepak Brazil 'curi pizza' pemain selepas tidak puas hati kalah

0
60
Advertisement

SAO PAULO: Penyokong kelab bola sepak Brazil, Sao Paulo bertindak mencuri pizza milik pemain kelab itu selepas dikatakan tidak berpuas hati tewas 3-0 menentang kelab Oeste pada aksi Liga Brazil pada Selasa.

Seorang penyokong memaklumkan rasa tidak puas hati itu timbul dalam kalangan penyokong kelab itu selepas pasukan mereka hanya memenangi satu daripada lima perlawanan.

“Saya rasa penghantar pizza itu termasuk pintu yang salah, dia sepatutnya hantar ke bilik persalinan tetapi dia masuk di hadapan penyokong yang sedang beredar dari aras bawah stadium,” kata Lucas Venture, penyokong pasukan Sao Paulo.

“Ada seorang lelaki bertanya kepada penghantar pizza itu, ‘untuk siapa pizza itu?’ dan apabila dia menjawab ‘milik pemain’, penyokong bertindak mengumpul duit dan membayar penghantar pizza dengan AS$94 (RM365.47) untuk 10 keping pizza.

“Mereka telah memberikan empat pizza berkenaan kepada tukang bersih, seorang lelaki dan kakitangan lain. Selebihnya mereka ambil. Ini kerana penyokong begitu marah tetapi kemarahan itu semakin reda selepas mereka menjamah pizza itu,” kata Lucas lagi.

Kekalahan terbaharu Sao Paulo  meletakkan kelab itu di tangga ke-12 daripada 16 pasukan dengan hanya mengumpul empat mata setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here