Penyokong cedera rai Perancis menang

0
531
Advertisement



LEBIH 20 penyokong bola sepak cedera di sebuah stadium di Nice ketika mereka meraikan kemenangan dengan bunga api sebelum wisel penamat aksi Perancis-Belgium di separuh akhir Piala Dunia ditiup, sebentar tadi.

Insiden itu mengimbau kembali tragedi di sebuah bandar di French Riviera dua tahun lalu yang menyaksikan seorang militan memandu sebuah trak meluru ke arah kelompok yang meraikan Bastille Day sehingga 86 terbunuh.

“Terdapat ramai orang cemas selepas bunga api diletupkan,” kata Jean-Gabriel Delacroix, seorang pegawai kerajaan yang turut menyatakan seramai 27 orang cedera dalam insiden berkenaan.

“Kebanyakan kecederaan itu adalah luka dan lebam apabila ramai di antara mereka terjatuh.”

Media tempatan memaparkan imej insiden berkenaan namun Reuters masih belum mengesahkan gambar berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 12:13 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here