Penyokong England berdebar, gembira

0
329
Advertisement



PENYOKONG England menempuh detik penuh emosi awal pagi tadi di Moscow apabila pasukan mereka berjaya mengatasi Colombia dalam penentuan sepakan penalti mendebarkan selepas gawang dibolosi pada masa kecederaan.

Jumlah penyokong Colombia di Spartak Stadium, Moscow jauh mengatasi penyokong England yang hanya memenuhi sedikit ruang di venue yang berkapasiti 45,000 tempat duduk itu.

Walaupun jumlah mereka sedikit, suara penyokong England tetap kedengaran.

“Ia sesuatu yang pedih untuk ke tambahan masa seperti kami lakukan, anda sudah merasai, kita akan melaluinya sekali lagi,'” kata penyokong berusia 28 tahun dari London, Matthew Jordan di Stadium Spartak.

“Untuk kali ini, nasib menyebelahi kami! Bersedialah Sweden!” katanya merujuk lawan England pada suku akhir di Samara, Sabtu ini.

Penyokong England turut memuji beberapa pemain yang menyerlah di Moscow seperti Harry Kane kerana kelincahan dan penalti disempurnakan pada awal babak kedua dan Jordan Pickford kerana menafikan sepakan pemain Colombia, Carlos Bacca.

“England tampak meyakinkan untuk 30 minit terakhir dan saya rasa Colombia tak layak mendapat gol berkenaan,” kata Jack Salisbury, penyokong England berusia 23 tahun dan menetap di Moscow.

“Penentuan penalti itu memang mendebarkan. Pujian perlu diberikan kepada Jordan Pickford. Dia beraksi baik untuk menyelamatkan penalti itu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here