Penyokong kerajaan Venezuela serang pembangkang

0
35


CARACAS: Aktivis prokerajaan di Venezuela yang bersenjatakan kayu dan paip menyerbu pekarangan bangunan Perhimpunan Kebangsaan dikuasai pembangkang dan memukul ahli perundingan, menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera, tiga daripadanya berdarah di kepala.

Kemudian, ratusan penyokong kerajaan yang berkumpul di pintu masuk menghalang ahli perundangan daripada meninggalkan kawasan itu pada sesi khas hari perundangan Kongres yang bertukar menjadi ganas, dengan ketegangan berlanjutan sembilan jam.

Polis dan anggota tentera berperisai membentuk kepungan untuk memastikan militan kerajaan tidak mendekati kawasan berkenaan ketika ahli perundangan dibenarkan meninggalkan bangunan itu.

Kumpulan bersenjata memecahkan pagar satu-satunya institusi kerajaan yang masih dikuasai pembangkang, dalam episod keganasan politik berikutan kekecohan tiga bulan di negara kaya minyak itu.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengutus kejadian itu yang disifatkan sebagai ‘serangan ke atas prinsip demokratik yang dihargai lelaki dan wanita yang bergelut mendapatkan kemerdekaan Venezuela 206 tahun lalu.

Ia turut mengkritik apa yang dipanggil pemerintahan kuku besi dijalankan kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Maduro. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here