Penyokong teruja sambut Neymar

0
16
Advertisement



SHENZHEN: Puluhan penyokong menyambut bintang Brazil, Neymar hari ini ketika dia tiba di China untuk menyertai Paris Saint-Germain selepas kekecewaan pada Piala Dunia.

Pemain termahal dunia itu, memakai baju kuning, bergambar dengan kakitangan lapangan terbang sebelum menerima sambutan meriah di balai ketibaan.

Gambar di akaun Twitter Neymar menunjukkan dia menandatangani jersi Barcelona, Brazil dan PSG sebelum dibawa keluar oleh pegawai keselamatan.

Ketibaan Neymar, menjelang Piala Super Perancis Sabtu ini berdepan Monaco di Shenzhen, hadir lebih lima bulan selepas penampilan terakhirnya buat PSG akibat mengalami kecederaan kaki pada lewat Februari.

Penyerang itu mengalami aksi goyah di Piala Dunia ketika Brazil dikejutkan Belgium pada suku akhir ketika dia menampilkan aksi digambarkan sebagai lakonan melampau.

“Saya tidak mahu melihat bola, atau melihat aksi bermain bola sepak,” kata pemain berusia 26 tahun itu kepada AFP bulan lalu sambil menggambarkan Piala Dunia dilaluinya sebagai satu kekecewaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here