Penyokong Yingluck berhimpun di kompleks mahkamah

0
12

BANGKOK: Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra membanjiri Kompleks Mahakamah Agung di sini hari ini bagi memberi sokongan moral kepadanya yang muncul  pada hari terakhir perbicaraan.

Beliau yang tiba sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) disambut dengan penyokong yang membawa sepanduk sambil diawasi lebih 300 anggota polis dan pegawai keselamatan mahkamah.

Yingluck digulingkan pada 2014 oleh junta tentera atas tuduhan gagal menghalang rasuah dan penyelewengan berhubung skim subsidi beras.

Kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha menuduh skim itu telah menyebabkan kerugian jutaan bilion baht kepada negara dan menuntut ganti rugi daripada Yingluck.

Mahkamah dijangka membuat keputusan pada 25 Ogos ini.

Yingluck boleh dihukum 10 tahun penjara jika didapati bersalah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here