Penyu intai sinar baru

0
21
Advertisement



PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menuntut anak buahnya supaya membuka lembaran atau ‘buku baru’ serta belajar daripada kesilapan lalu menjelang saingan Piala Malaysia.

Untuk itu, beliau berharap episod duka tewas kepada Kuala Lumpur (KL) ketika aksi Liga Super pusingan pertama di Cheras, tidak berulang dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Piala Malaysia, malam esok.

Jurulatih yang pernah membimbing kelab Persipura Jayapura, Indonesia itu juga mengingatkan pemainnya supaya tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh mengakibatkan tumpuan pemain lain terjejas.

“Pertemuan ini adalah yang ketiga musim ini termasuk dalam saingan Liga Super. Rekod pertembungan seimbang kerana kami pernah tewas 0-3 dalam aksi pusingan pertama sebelum menang 3-1 di Kuala Terengganu di pusingan kedua.

“Berdasarkan carta Liga Super, kedudukan kami lebih baik iaitu di tempat kelima (34 mata) berbanding KL di tempat ke-10 (24 mata).

“Bagaimanapun dalam saingan merebut piala berprestij ini, semangat pemain adalah berbeza, sebab itulah saya ingatkan pemain supaya sentiasa berwaspada,” katanya.

Ketika ditanya peluang untuk melangkah ke suku akhir, jurulatih berusia 67 tahun itu tetap berkeyakinan TFC mampu mara berdasarkan senarai pemain yang ada

dan prestasi mereka juga kian meningkat.

“Kita bermula sebagai pendatang baharu Liga Super dan menamatkan saingan liga dalam kelompok lima terbaik. Pencapaian ini sudah tentunya memberi motivasi untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan seterusnya,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here