Perak ceria raih tiga mata

0
12
Advertisement



 

PERAK menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam saingan Liga Super malam tadi, sekali gus menebus kekecewaan sekadar seri 1-1 di Seremban, tiga hari lalu.

Jaringan Brendan Gan pada minit ke-55 dan Leandro Da Silva pada minit ke-84 mencukupi buat anak buah Mehmet Durakovic merakam kemenangan bagi melonjak kembali ke tangga kedua Liga Super dengan mengutip 27 mata.

Begitupun jaringan kecil itu tidak menggambarkan penguasaan penuh tuan rumah.

Perak sepatutnya mampu menang dengan jumlah jaringan lebih besar, namun mensia-siakan lebih sedozen peluang sepanjang 90 minit permainan.

Gilmar Jose Da Silva, Wander Luiz Junior, Shahrul Saad dan Ahmad Khairil Anuar masing-masing berpeluang menjaringkan gol, tetapi gagal menyudahkan peluang diperoleh.

Negeri Sembilan harus berterima kasih kepada Muhamad Ilham Amirullah Razali yang menyelamatkan gawangnya daripada bolos dengan lebih banyak.

Begitupun tidak ada apa yang mampu dilakukan Ilham untuk menghalang Brendan dan Da Silva menggegar gawangnya.

Walaupun pelawat cuba memberi tentangan tetapi mereka ternyata tidak terdaya menyaingi kehebatan tuan rumah seterusnya kecundang 0-2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here