Perancis haramkan penggunaan telefon bimbit dalam kereta walaupun ketika berhenti

0
112
Advertisement

PARIS: Menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang digantung di Perancis, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan berita tempatan.

Dalam satu penghakiman mahkamah tinggi pada Februari, pemandu di Perancis dilarang menggunakan telefon bimbit bukan sahaja ketika memandu malah sewaktu enjin kenderaan dimatikan, selagi seseorang itu tidak berhenti di kawasan parkir yang telah ditetapkan, lapor akhbar Le Figaro.

Seorang pemandu yang melanggar undang-undang itu mungkin berdepan penggantungan lesennya secara serta-merta, satu hukuman yang lebih berat berbanding tindakan memotong mata atau denda seperti sebelumnya.

Satu-satunya pengecualian ialah apabila kereta rosak dan ketika seseorang itu terlibat dalam kemalangan, menurut penghakiman baharu tersebut.

Perancis telah memperketat tindakan terhadap pemanduan berbahaya berikutan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

Baru-baru ini, ia turut mengurangkan had laju di jalan raya dua lorong dari 90 kilometer kepada 80 kilometer sejam.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here