Perancis lanjutkan perintah darurat susulan serangan di Manchester

0
50


Presiden Perancis Emmanuel Macron (tengah) bersama Ketua Setiausaha Elysee Palace, Alexis Kohler (kiri) dan Admiral Bernard Rogel, mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Pertahanan di Istana Elysee dalam Paris. – Foto AP

PARIS: Perintah darurat yang diperkenalkan pada 2015 di Perancis untuk menangani ancaman serangan pengganas dilanjutkan sehingga 1 November ini, kata Presiden Emmanuel Macron selepas mengadakan mesyuarat keselamatan semalam.

Keputusan itu diumumkan dalam kenyataan dari pejabat Macron, berikutan serangan di konsert di Manchester, utara England, malam Isnin lalu yang meragut 22 nyawa.

Perintah darurat memberikan lebih kuasa kepada polis Perancis untuk menggeledah dan menangkap diperkenalkan selepas militan Islam dan pengebom nekad membunuh 130 orang di dan sekitar Paris pada November 2015 dan dijangka berakhir pertengahan Julai ini. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here