Perang… tiada lagi rundingan

0
11



PRESIDEN Filipina menolak tawaran berunding dengan militan Maute yang sedang berperang dengan tentera kerajaan di Marawi kerana jumlah kematian tentera sudah terlalu besar ketika tawaran rundingan itu dibuat.

Semalam Reuters melaporkan, beberapa hari selepas militan Maute diketuai dua beradik Omar dan Abdullah Maute, menawan Marawi menawan Marawi pada 23 Mei lalu, Duterte bersedia berunding namun kemudian membatalkannya tanpa diketahui sebabnya.

Menurut Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana, ibu Omar dan Abdullah yang berpengaruh, menawarkan untuk berunding dengan kerajaan.

Namun, Duterte menolak tawaran wanita itu, Farhana Maute, kerana jumlah korban anggota tentera, polis serta orang awam sudah tinggi.

“Ketika itu, krisis sudah terlalu dalam, sudah ramai tentera terbunuh, jadi beliau berkata ‘tiada lagi rundingan kerana saya sudah hilang ramai tentera dan polis,” kata Lorenzana di Manila.

Kanak-kanak Marawi beratur di pusat pemindahan sementara untuk mengambil makanan. – Foto REUTERS

Selepas enam minggu, lebih 400 orang terbunuh di Marawi, termasuk 351 militan, 85 tentera dan polis dan 30 orang awam manakala lebuh 260,000 penduduk meninggalkan bandar terbesar di Mindanao itu.

Perang di Marawi menjadi krisis terbesar pentadbiran Duterte yang sering menegaskan tidak akan berunding dengan pengganas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here