Percaya atau tidak, ahli politik ini berdiri 8 jam untuk berucap!

0
133
Advertisement

SIAPA sangka seorang wanita yang hampir berusia 78 tahun mampu berucap lebih lapan jam berturut-turut tanpa henti.

Namun, ini yang telah dibuktikan oleh seorang Pemimpin Minoriti Dewan di Amerika Syarikat, Nancy Pelosi yang telah mencatat sejarah apabila beliau berucap selama lebih lapan jam tentang isu melindungi pendatang asing tanpa dokumen sah dari dihalau keluar negara itu.

Pelosi mula berucap pada jam 10.04 pagi dan berakhir lapan jam tujuh minit kemudian iaitu pada jam 6.11 petang.

Beliau terus berdiri dengan kasut tinggi berukuran empat inci untuk berucap hampir setengah hari tanpa menjamah apa-apa makanan tetapi hanya meneguk air minuman.

Sifat beliau itu dikatakan sebagai satu usaha yang luar biasa buat ahli politik untuk menegakkan keadilan buat rakyat.

Dalam pada itu, Pelosi berucap tentang persetujuan belanjawan persekutuan yang baru-baru ini diumumkan Ahli Dewan Senat tentang peningkatan perbelanjaan dan penutupan kerajaan.

Bagaimanapun persetujuan itu tidak menyentuh isu sensitif tentang pendatang asing di negara itu dan isu sensitif ini yang cuba ditegaskan oleh Pelosi dalam ucapannya.

Sebelum ini, Ahli Kongres Missouri, Champ Clark dipercayai catat sejarah lebih 100 tahun dahulu apabila beliau berucap selama lima jam dan 15 minit pada 1909.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here