Perdana Menteri Belgium hampir 'pekak'

0
31



Brussels: Perdana Menteri Belgium, Charles Michel hilang separuh pendengaran selepas Puteri Astrid melepaskan tembakan pistol untuk satu perlumbaan berhampiran telinga pemimpin itu, kata jurucakapnya semalam.

Michel dilihat menahan kesakitan dalam gambar dirakam sejurus adik Raja Philippe itu melepaskan tembakan peluru kapur berhampiran telinga kirinya untuk memulakan satu perlumbaan 20 kilometer di sini Ahad lalu.

Pejabat Michel memberitahu, pemimpin yang fasih berbahasa Perancis itu terpaksa menangguhkan pembentangan pelan pelaburan kebangsaan di Parlimen semalam untuk menjalani rawatan.

Michel mengalami keadaan ‘separuh pekak’ dan ‘tinnitus’ atau bunyi berdesing di telinga, kata jurucakapnya, Frederic Cauderlier.

Menurutnya, Michel menjalani pemeriksaan perubatan kelmarin dan semalam bagi merawat masalah itu secepat mungkin.

“Dia dijangka menyambung semula tugasnya hari ini,” jelasnya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas Michel menyambut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang bertemu dengannya dan Raja Philippe sebelum menghadiri persidangan bersama Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Trump menggunakan lawatan itu untuk mengkritik negara NATO kerana tidak membayar kos pertahanan secara adil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here