Perez terpaksa demi pasukan

0
266
Advertisement



BUDAPEST: Sergio Perez berkata dia mengambil tindakan undang-undang untuk meletakkan Force India di bawah pentadbiran mahkamah demi menyelamatkan pasukan itu.

Pelumba Mexico itu berkata dia diminta berbuat demikian oleh anggota pasukan dan melakukannya untuk melindungi mereka.

“Sepanjang bulan lalu cukup mencabar buat saya dan dengan situasi dihadapi pasukan, saya tersepit di tengah.”

“Kami sampai ke tahap di mana tindakan perlu diambil untuk melindungi 400 orang yang bekerja dalam pasukan.

“Saya tidak sepatutnya terbabit dalam semua ini kerana saya hanyalah pelumba tetapi keadaan menjadi keterlaluan dan saya diminta anggota pasukan untuk meneruskannya dan menyelamatkan pasukan.

“Terdapat satu petisyen daripada pelanggan lain yang mungkin menyebabkan pasukan ini ditutup jadi saya diminta secara asasnya untuk menyelamatkan pasukan, memulakan tindakan dan meletakkan pasukan di bawah pentadbiran.

“Ia tiada kena mengena dengan hutang terhadap saya. Satu-satunya alasan melakukannya adalah untuk menyelamatkan pasukan demi masa depan yang lebih cerah.

“Ia begitu mencabar mental dan emosi. Ia sungguh sukar, saya tidak dapat fokus terhadap pemanduan.

“Saya tidak begitu faham terma yang digunakan peguam tetapi apa yang pasti adalah kami perlu melakukannya atau pasukan akan berkubur.”

Force India diletakkan di bawah pentadbiran selepas sesi perbicaraan Mahkamah Tinggi di London semalam yang akan menghalang pasukan berdepan tindakan undang-undang berasingan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here