Perhatian kepada perincian rahsia kejayaan LORD's Tailor KL

0
100
Advertisement

“THE construction of each suit takes almost an entire day to do and it is a process that cannot be rushed.”
(Hampir satu hari suntuk diperlukan untuk membuat sehelai baju dan ia satu proses yang tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru.)

Demikian menurut Pengarah Pemasaran Runcit LORD’s Tailor KL, Olivia Loh, menceritakan pengalamannya dalam industri fesyen kepada AWANI Review.

Menurut Olivia, perhatian kepada perincian telah membawa kejayaan kepada LORD’s Tailor KL yang mempunyai 44 tahun pengalaman dalam industri itu.

Syarikat itu diketuai pasangan suami isteri Robert Loh dan Liew Lee Lee. Generasi seterusnya juga turut membantu mengurus syarikat tersebut.

Olivia juga sebelum ini turut berkongsi idea yang menyumbang kepada terhasilnya koleksi pakaian siri Ready to Wear (RTW) pada 2013.

Sementara itu, pengarah kreatif syarikat itu, Kenny Loh, juga menerangkan mengenai strategi RTW bagi mengatasi trend fesyen yang sering berubah.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI Review berjudul Best Suited to do the Lord’s Work.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui lebih lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here