Perhimpunan cabar Erdogan

0
36


RIBUAN penyokong parti pembangkang berarak bagi menyambut berakhirnya demonstrasi hampir sebulan, membantah ketidakadilan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.- Foto AFP

ISTANBUL: Ribuan penyokong parti pembangkang berarak bagi menyambut berakhirnya demonstrasi hampir sebulan, membantah ketidakadilan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Lautan manusia dilihat membanjiri dataran pantai di Maltepe di bahagian Asia kota raya ini, kemuncak perarakan keadilan dari Ankara ke Istanbul anjuran Parti Rakyat Republikan pimpinan Kemal Kilicdaroglu.

Perhimpunan dianggap terbesar itu diadakan di Istanbul oleh parti pembangkang sejak demonstrasi besar-besaran pada Mei hingga Jun 2013, susulan cadangan pembangunan semula Taman Gezi di bandar itu oleh Erdogan.

Kilicdaroglu memulakan siri bantahan 25 hari itu susulan penahanan seorang Ahli Parlimen yang mewakili partinya dan terus mendapat sokongan orang ramai.

“Tiada siapa patut memikirkan ini adalah perarakan terakhir. Ia adalah langkah pertama.

“Semua orang perlu tahu 9 Julai adalah langkah terbaru, sejarah baharu, kelahiran baharu,” katanya kepada orang ramai yang melaungkan perkataan ‘keadilan’. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here