Perintah berkurung hari pertama Ramadan di Kashmir

0
47


SRINAGAR: Pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung pada hari pertama Ramadan di Kashmir India dan sebahagiannya memotong perkhidmatan telefon bagi menyekat bantahan berhubung pembunuhan seorang komander atasan pemberontak.

Perintah berkurung di rantau majoriti Islam itu melumpuhkan hari pertama bulan suci umat Islam selepas keganasan meluas Sabtu lalu akibat pembunuhan Sabzar Ahmad Bhat dalam pertempuran senjata dengan tentera kerajaan.

Tentera kerajaan berpakaian anti-rusuhan mendirikan penghadang di bandar utama di sini dan bandar lain di selatan Kashmir untuk menghalang penduduk daripada menghadiri upacara pengebumian komander terbabit.

Namun ribuan pelawat merempuh penghadang keselamatan semalam bagi menghadiri upacara itu di bandar kelahirannya di tengah slogan anti-India dan pro-Kemerdekaan.

Masjid utama di sini ditutup dan penganut Islam dihalang daripada bersolat pada hari pertama Ramadan.

“Sekatan dikuatkuasakan di sesetengah kawasan untuk mengekalkan ketenteraman awam,” kata Ketua Polis Shesh Pal Vaid kepada AFP.

Bhat, ketua kumpulan militan Hizbul Mujahideen dan seorang sekutunya berusia 16 tahun maut dalam pertempuran berhampiran kampungnya di Tral. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here