Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik hampir jadi realiti

0
67
Advertisement

SYDNEY: Versi lengkap Perjanjian Perkongsian Trans-pasifik yang dikeluarkan pada Rabu sekali gus membuktikan perjanjian itu hampir pasti menjadi relaliti tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Reuters, lebih 20 peruntukan telah digantung atau diubah dalam teks akhir itu sebelum ditandatangani secara rasmi pada 8 Mac di Chile.

Perubahan itu termasuk syarat berkaitan harta intelek yang sebelum ini dituntut oleh AS.

Sebanyak 12 negara ahli sebelum ini berdepan ketidaktentuan selepas AS menarik diri sebaik sahaja Donald Trump menjadi Presiden.

Manakala 11 baki negara ahli TPPA, diketuai Jepun, kemudian memuktamadkan semakan semula perjanjian pada Januari dan mengubah nama kepada Perjanjian Komprehensif dan Progresif Kerjasama Trans-pasifik (CPTPP).

Perjanjian itu antara lain mengurangkan tarif dalam ekonomi negara ahli yang merangkumi 13 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia atau AS$10 trilion.

Sejumlah 11 negara terlibat antaranya Australia, Kanada, Chile, Jepun dan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here