Perjuangan Aaron-Wooi Yik berakhir

0
442
Advertisement



 

PERJALANAN beregu muda lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Badminton Dunia berakhir di peringkat suku akhir apabila tewas di tangan pilihan keempat dari China, Li Junhui-Liu Yuchen, sebentar tadi. 

Walaupun tewas namun Aaron-Wooi Yik menunjukkan tahap keberanian dan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan sebelum tewas 14-21, 22-24 dalam perlawanan berlangsung selama 40 minit di Pusat Sukan Olimpik Nanjing, China. 

Apapun, prestasi ditunjukkan kedua-dua pemain itu sepanjang kejohanan kali ini berlangsung memberi petanda positif buat kem skuad badminton negara yang mana mereka kini dianggap sebagai bintang dalam pembikinan. 

Walaupun hanya layak ke Kejohanan Dunia pada saat-saat akhir susulan penarikan diri beregu negara lain, namun Aaron-Wooi Yik yang tidak dijangka mampu melangkah sejauh ini cemerlang dengan membuat kejutan demi kejutan pada pusingan awal. 

Paling menakjubkan adalah kejayaan mereka menewaskan pilihan kelapan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-16 dalam aksi pusingan ketiga semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here