Perjuangan rakyat Palestin langkaui bangsa dan agama

0
14

KUALA LUMPUR: “Saya akan hidup sebagai seorang wira, saya akan kekal sebagai wira, dan saya akan mati sebagai seorang wira sehingga negara saya kembali dibebaskan….”

Itulah lirik daripada lagu kebangsaan Palestin yang dinyanyikan pada permulaan forum mengenai perjuangan rakyat Palestin di sini pada Khamis.

Masalah Palestin bukan baharu, ia tercetus sejak berabad dan tamadun yang lampau. Rantau itu sentiasa menjadi lokasi yang stratagik di persimpangan dunia kuno dan sentiasa menjadi medan perang bagi perebutan kuasa.

Antara bala tentera yang bertempur bagi menguasai wilayah ialah dari Parsi, Rom dan Mongolia. Palestin menjadi medan Perang Salib yang menyaksikan tentera Islam bertempur dengan tentera Salib.

Oleh kerana ia dibincangkan bersama loleh kesemua keempat ahli panel pada forum, 100 tahun lalu pada November 1917, Pengisytiharan Balfour dikeluarkan dalam bentuk surat yang menzahirkan sokongan Empayar British kepada penubuhan sebuah Negara Yahudi di Palestin, yang kemudian dikenali dengan apa yang sekarang dipanggil Israel.

Memandangkan hanya berbaki tiga bulan sebelum pengisytiharan itu meraikan sambutan 100 tahun, seorang ahli panel, Zahir Birawi, Pengerusi European Palestinian Forum (EuroPal) di London, melahirkan kebimbangan bahawa usaha bagi memperjuangkan isu Palestin di sesetengah negara tidak inklusif.

Menurut beliau, usaha di sesetengah negara tidak cukup untuk membantu rakyat Palestin untuk nmembebaskan tanah air mereka daripada pendudukan kerana negara-negara tersebut hanya memberi fokus untuk masyarakat Islam untuk memperjuangkan isu itu sementara negara bukan Islam tidak turut serta.

“Isu Palestin bukan isu kemanusiaan tetapi lebih kepada isu politik. Usaha bagi memperjuangkan isu palestin perlu diperluaskan mencakupi semua kaum dan agama dan tidak memencilkan sebarang suara dari masyarakat.

“Ia juga tidak harus diperjuangkan sebagai isu agama kerana ini akan menghalang pemahaman isu Palestin dan sokongan daripada segmen lebih besar masyarakat,” kata aktivis Palestin itu.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, memberitahu Bernama selepas forum itu bahawa isu Palestin dan penderitaan rakyat Palestin melangkaui bangsa dan agama.

Menurut beliau, yang juga ahli panel dalam forum itu, rakyat Palestin di Palestin antara lain terdiri daripada masyarakat Islam, Kristian dan Baha’i sambil menyatakan negara itu mempunyai masyarakat yang sangat pelbagai yang menderita untuk sekian lama.

“Kita mahu seluruh masyarakat antrarabangsa berganding bahu untuk mengakhiri kesengsaraan daripada kehidupan rakyat Palestin. Kita tidak akan berjaya kecuali ada sokongan antarabangsa secara besar-besaran dari seluruh dunia, merentas sempadan agama, budaya dan identiti.

“Ini pernah berlaku sebelum ini dalam perjuangan menentang aparteid di Afrika Selatan apabila diskriminasi di Afrika dicabar di seluruh dunia oleh masyarakat berbilang kaum dan agama. Kita sekarang mahu atau mengharapkan perjuangan yang sama untuk rakyat Palestin,” kata beliau.

Beliau bagaimanapun percaya momentum sokongan semakin meningkat apabila lebih ramai masyarakat dari latar belakang yang berbeza telah menyertai perjuangan termasuk kelompok Yahudi yang tidak bersetuju dengan pendudukan Israel dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin.

Forum sehari itu bertemakan “Advocacy and Activism in the Malaysian Context” dianjurkan oleh PCOM sebagai sebahagian daripada acara Minggu Advokasi Palestin, yang berlangsung dari 14 hingga 18 Ogos.

Ia membincangkan pergerakan perpaduan d kalangan ahli masyarakat dan kesan dasar antarabangsa itu terhadap Palestin serta menonjolkan perjuangan rakyat Palestin yang sah menentang pendudukan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here