Perkara yang perlu dipelajari 'Dak Dak Wicet' Malaysia

0
81
Advertisement
SIAPA dari generasi teknologi yang tidak tahu aplikasi WeChat?

Di Malaysia, aplikasi sosial itu digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan pelajar sekolah masa kini untuk berbalas teks, gambar dan sebagainya.

Cukup meluas sehingga wujud slanga yang tercipta khas untuk golongan pengguna tegar aplikasi itu iaitu “Dak Dak Wicet” (ringkasan daripada Budak-Budak WeChat).

Istimewanya tentang golongan ini ialah mereka dikatakan berkomunikasi menggunakan cara penulisan dan bahasa yang agak pelik dan ada kalanya menjengkelkan.

Ketika Dak Dak Wicet asyik dengan dunia mereka, sebahagian kelompok masyarakat celik lain memanfaatkannya untuk menjalankan bermacam jenis perniagaan seperti menjual kerepek, pakaian dan sebagainya.

Namun ada juga yang menyalah guna aplikasi itu untuk tujuan kotor seperti menawarkan perkhidmatan seks!

Sayang sekali rakyat negara kita tidak melihat kemudahan yang tercipta dalam era dunia tanpa sempadan masa kini untuk menambah baik kualiti kehidupan sendiri apatah lagi masyarakat sejagat.

Berbeza di China apabila WeChat digunakan secara sangat meluas, sehingga segalanya dipacu daripada aplikasi tersebut.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri di wilayah Hangzhou apabila pembayaran di vendor mesin, pasar raya, gedung beli-belah sehinggalah tambang perkhidmatan pengangkutan awam, semuanya dibayar menggunakan WeChat!

Dengan QR Code, kod unik tersebut mewakili maklumat peribadi pengguna merangkumi butiran pengenalan diri dan akaun bank memudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian.

Azmina merupakan antara pelajar Malaysia yang terpilih untuk Programme Youth Commerce adalah anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Dan Alibaba global

Malah, anda akan mendapat diskaun sekiranya membayar tambang teksi dengan menggunakan WeChat berbanding membuat pembayaran secara tunai.

Kejayaan Alibaba Group Holding Limited sebagai sebuah syarikat terbesar di dunia kini mencatatkan keuntungan lebih AS$23 bilion (RM91 bilion) juga disumbangkan daripada 50,000 pengguna tegar WeChat!

Menyedari hal itu, syarikat gergasi tersebut menerusi Alibaba Global menjalankan usahasama dengan kementerian pengajian tinggi China untuk mewujudkan program E-Youth Commerce di mana 30 pelajar universiti dipilih untuk memperkukuh perniagaan yang dijalankan oleh para penuntut universiti masing-masing.

Macam inilah ‘Dak Dak Wicet’ yang ada kelas!
______________________________________________________________
* Laporan ini disediakan oleh AWANI Rangers, Nur Azmina Ramli dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

** Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

*** Awani Rangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan UTM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here