Perkasa arena tinju

0
330
Advertisement



Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan susulan dengan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao mengenai pembangunan sukan tinju di negara ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, KBS akan membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunkan di Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Senator Filipina itu kerana sudi menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk ‘Fight of Champions’ di Arena Axiata, kelmarin kepada Malaysia.

“Apabila saya jumpa dia minggu lalu, dia kata selepas perlawanan itu, dia akan tinggalkan gelanggang dan infrastruktur untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan itu,” katanya ketika ditemui pada tayangan besar perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka, malam kelmarin.

Pagi kelmarin, Syed Saddiq bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hadir menyaksikan pertarungan tali pinggang welterweight WBA antara Pacquiao dan juara bertahan, Lucas Matthysse dari Argentina.

Peninju berusia 39 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Pac-Man’ merampas kejuaraan selepas menewaskan Matthysse menerusi kiraan technical knockout (TKO) pada pusingan ketujuh di hadapan kira-kira 14,000 penonton.

Pacquiao mengumumkan dia akan menyumbangkan peralatan tinju itu untuk kegunaan rakyat Malaysia pada sidang media selepas pertarungan itu, kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here