Perlu kerja kuat pulihkan 'kesihatan' kewangan negara – Guan Eng

0
477
Advertisement

GEORGE TOWN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan bekerja kuat untuk memastikan  ‘kesihatan’ kewangan negara dapat dipulihkan selepas mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Lim Guan Eng yang dinamakan Menteri Kewangan  berkata selepas melihat Penyata Kewangan Negara, pihaknya perlu bekerja lebih kuat untuk memulihkan kembali kewangan negara.

“Kami akan berusaha supaya ‘kesihatan’ kewangan negara dapat dipulihkan. Ini satu tugas yang berat.

“Tetapi kerana dapat sokongan rakyat, saya berjanji dan berikrar serta membuat komitmen bahawa saya akan berusaha dan berjuang setiap hari untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika berucap pada ceramah mega ‘Sekalung Budi Membina Harapan’ di Padang Kota, di sini malam tadi.

Guan Eng yang juga Anggota Parlimen Bagan bagaimanapun berkata pada masa ini, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana  belum mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat akhir Disember 2017, hutang luar Malaysia berjumlah RM883.4 bilion atau 65.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Disember 2017, berbanding RM873.8 bilion  64.6 peratus daripada KDNK pada akhir September 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here